Guru Besar Daerah Perak Tengah,
Seperti lampiran A
Tuan / Puan
DIALOG PRESTASI LINUS2.0 SARINGAN 2 TAHUN
1, 2 DAN 3 2014 ( LINUS-NKRA ) PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, PPD Perak Tengah akan
mengadakan Dialog Prestasi LINUS2.0 Saringan
2 bagi tahun 1, 2 dan 3 Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan
Numerasi seperti ketetapan berikut:
Tarikh
: 10 Disember 2014 ( Rabu )
Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengahari
Tempat
: Dewan Al – Biruni PPD Perak Tengah
3. Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta hadir tanpa wakil ke program tersebut pada
tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas ( lampiran A ). Kehadiran adalah wajib.
4. Pihak tuan / puan juga diminta untuk untuk menyediakan
laporan post- mortem saringan 1 bagi tahun 1, 2 dan 3 mengikut sekolah masing-
masing berdasarkan maklumat seperti lampiran
( B ).
5. Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan / puan
bolehlah menghubungi FasiLINUS Literasi
Cik Salina bt. Ahamad @ Ahmad Zakaria ( 019-5431871 ) dan Pn. Nik Hasni bt. Mamat ( 011- 24047621 ).
Sekian. terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA”
Sila Klik Lampiran A & B untuk muat turun..
0 comments :