Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan PPD Perak Tengah akan mengadakan Bengkel Pentadbiran Saringan 1 Lisan bagi tahun 2017 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 28 Februari 2017 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat : PKG Bota
Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta menghantar Setiausaha LINUS2.0 ke bengkel tersebut pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti di atas.
Pihak tuan/puan juga dikehendaki mematuhi fasa pelaksanaan saringan dan pengumpulan data (sila rujuk lampiran).
Instrumen Saringan Lisan LINUS2.0 akan dihantar melalui e-mail rasmi sekolah tuan/puan bermula 27 Februari 2017.
Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan/puan boleh menghubungi Pegawai FasiLINUS PPD Perak Tengah.
Bersama-sama ini dilampirkan surat arahan program tersebut untuk kegunaan dan perhatian pihak tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
download SURAT
0 comments :