MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 ( LINUS2.0 – NKRA ) DAERAH PERAK TENGAH BIL 02 / 2015



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ahli J / K LINUS2.0 Daerah
Seperti lampiran

Tuan / Puan,                                                                                                                                                                  

MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 ( LINUS2.0 – NKRA ) DAERAH PERAK TENGAH BIL 02 / 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas  dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan  Mesyuarat Jawatankuasa LINUS2.0 ( LINUS2.0 – NKRA ) Daerah Bil 02 / 2015 seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh               : 29 Jun 2015 ( Isnin )
                        Masa                 : 9.00 pagi
                        Tempat            : Dewan Al- Biruni PPD Perak Tengah
                        Pakaian            : Rasmi
                 
3.         Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta hadir ke  mesyuarat tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas.

4.         Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan / puan bolehlah menghubungi Ketua Pegawai FasiLINUS Daerah Cik Salina bt. Ahamad @ Ahmad Zakaria (019-5431871).

5.         Kerjasama dan sokongan pihak tuan / puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.      

Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



0 comments :