Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sukacita dimaklumkan, PPD Perak Tengah akan mengadakan Bengkel Verifikasi Data Saringan 1 LINUS2.0 Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi (LINUS-NKRA) Fasa 1 dan Fasa 2 Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah seperti ketetapan berikut :
Fasa 1 (Kelompok 5, 6, 7 dan 8)
Tarikh : 8 Mei 2017 (Isnin)
Masa : 2.45 petang - 5.00 petang
Tempat : PKG Kampung Gajah
Fasa 2 (Kelompok 1, 2, 3 dan 4)
Tarikh : 9 Mei 2017 (Selasa)
Masa : 2.45 petang - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah
Tuan/puan diminta menghantar Setiausaha LINUS sekolah tuan/puan ke taklimat tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas. Pihak tuan/puan juga diminta membawa bahan seperti Lampiran B (sila lihat surat yang dilampirkan bersama).
Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan/puan boleh hubungi Ketua Peg. FasiLINUS Daerah, Cik Salina bt. Ahamad@Ahmad Zakaria (019-5431871).
Sekian, terima kasih.
0 comments :