KURSUS PEMBUGARAN PROGRAM LINUS 2.0 (LITERASI BAHASA INGGERIS) TAHUN 1 2013 KEPADA GURU-GURU BAHASA INGGERIS DAERAH PERAK TENGAH


Assalamualaikum 
Selamat Sejahtera 

Guru Besar, 
Sekolah-Sekolah Rendah 
Daerah Perak Tengah 

Tuan, 

KURSUS PEMBUGARAN PROGRAM LINUS 2.0 (LITERASI BAHASA INGGERIS) TAHUN 1 2013 KEPADA GURU-GURU BAHASA INGGERIS DAERAH PERAK TENGAH 

Dengan segala hormatnya sila rujuk perkara di atas. 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah akan melaksanakan kursus berkenaan kepada guru Bahasa Inggeris Tahun 1 di daerah Perak Tengah. 

3. Untuk makluman tuan, kursus berkenaan akan diadakan seperti di ketetapan berikut: 

Tarikh : 1 & 2 Oktober 2013 (Selasa & Rabu) 
Tempat : D’Hotel Seri Iskandar, Perak. 
Masa : 8:00 a.m. hingga 5:00 p.m. 

Segala perhatian dan kerjasama tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 
Sekian. 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

Saya yang menurut perintah, 

b/p Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah 

0 comments :