Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semua Guru Besar
Daerah Perak Tengah
Tuan / Puan,
PELAKSANAAN SARINGAN 2 LISAN LINUS2.0 BAGI LITERASI BAHASA MALAYSIA,
LITERASI BAHASA INGGERIS DAN NUMERASI MURID TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3 PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH 2014
Dengan segala
hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah
diminta melaksanakan Saringan 2 Lisan LINUS2.0 bagi Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa
Inggeris dan Numerasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 seperti ketetapan
berikut:
Tarikh
pelaksanaan saringan 2 Lisan LINUS2.0 : 1 September hingga 3 Oktober 2014
3. Pengedaran CD Instrumen Literasi Bahasa Malaysia,
Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi telah diletak di pigeon hole dan juga boleh dimuat turun di laman blog LINUS PPD Perak Tengah. Untuk tindakan pihak tuan/puan ( Instrumen
dan Manual pentadbiran perlu dicetak 2 salinan kepada guru terlibat ).
4. Sebarang
pertanyaan berkaitan program ini, tuan / puan bolehlah menghubungi Pegawai FasiLINUS Literasi Bahasa Malaysia
Nik Hasni bt. Mamat di talian 017-5401269, Pegawai FasiLinus Numerasi En. Ahmad
Ridzuan b. Madian ( 0125146936 ) dan
Pegawai FasiLINUS Literasi Bahasa Inggeris Pn. Nurul Fitri bt. Zamah Shari
(017-5172945).
Sekian, terima kasih.
0 comments :