PERHATIAN
GURU BESAR,
SEKOLAH - SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH
Tuan / Puan,
merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah bolehlah mula mengambil modul - modul LINUS2.0 bagi kegunaan kelas tahun 2015.
Modul - modul yang tersedia untuk diambil ialah seperti berikut:
a) LITERASI BAHASA MALAYSIA (bagi murid sahaja)
- Modul Asas 1
- Modul Asas 2
- Modul Asas 3
[Pegawai FasiLINUS LBM : Cik Salina dan Puan Nik Hasni]
b) NUMERASI (bagi murid sahaja)
- Modul Asas 1
- Modul Asas 2
- Modul Asas 3
[Pegawai FasiLINUS NUM : Encik Ahmad Ridzuan dan Encik Mohd Syahril Nizar]
c) LITERASI BAHASA INGGERIS
- Book 2 ( pupils' module only)
- Book 3 ( teacher's and pupils' module)
[Pegawai FasiLINUS LBI : Puan Nurul Fitri dan Puan Hajah Shalina]
Ini supaya pihak sekolah boleh memberikan modul - modul tersebut kepada murid - murid TM berdasarkan keputusan Saringan 2 - 2014 dan dapat menjalankan PdP LINUS2.0 pada hari pertama persekolahan.
Terima kasih di atas kerjasama tuan / puan.
PENGAGIHAN MODUL LINUS2.0 BAGI KEGUNAAN TAHUN 2015
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
0 comments :