MESYUARAT DAN BENGKEL PEMBINAAN BBB LESSON STUDY NUMERASI TAHUN 3



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Guru Besar
( Rujuk lampiran ).

Tuan / Puan,                                                                                                                                                                  

MESYUARAT DAN BENGKEL PEMBINAAN BBB LESSON STUDY  NUMERASI TAHUN 3 (LINUS 2.0 - NKRA) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas  dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan, PPD Perak Tengah akan mengadakan program di atas seperti ketetapan berikut:

                      Tarikh    : 12 Februari 2015 ( Khamis )
                        Masa      : 2.30 petang – 5.00 petang
                        Tempat  : Dewan SK. Bota Kiri
                        Pakaian : Rasmi
                 
3.         Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta menghantar seorang guru Matematik tahun 3 sekolah tuan / puan seperti di lampiran  A ke program tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas. Pihak tuan / puan juga dikehendaki membawa bahan seperti lampiran B.

4.         Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan / puan bolehlah menghubungi En. Syahril Nizar b. Che Baharom ( 0134734993 ) dan En. Ahmad Ridzuan b.  Madian ( 0125146936 ).

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Lampiran B

0 comments :