TAKLIMAT SARINGAN 1 BERTULIS LINUS2.0 2015

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Semua Guru Besar
Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan,                                                                                                                                                                  

TAKLIMAT SARINGAN 1 BERTULIS BAGI TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3 LINUS2.0 LITERASI BAHASA MALAYSIA, LITERASI BAHASA INGGERIS & NUMERASI ( LINUS-NKRA ) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas  dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan, PPD Perak Tengah akan mengadakan Taklimat Saringan 1 Bertulis bagi tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 LINUS2.0 Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris & Numerasi( LINUS-NKRA ) 2015 seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh    :         3  April 2015 ( Jumaat )

                        Masa      :         3.00 petang

Tempat  :        LITERASI BI - PKG. Bota
                       LITERASI BM - PKG Kg. Gajah
                       NUMERASI - PPD Perak Tengah

Pakaian  :        Pakaian Rasmi
            
3.         Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta menghantar Setiausaha LINUS Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris & Numerasi sekolah tuan / puan ke taklimat tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas. Salinan surat boleh di muat turun di link dibawah.

4.         Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan / puan bolehlah menghubungi Pegawai FasiLINUS  Pn. Nik Hasni Bt. Mamat ( 011-24047621 ).   
                                   
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



Saya yang menurut perintah,



0 comments :