PROGRAM LINUS EXCELLENT2.0 ( LINEX2.0 ) LITERASI BAHASA INGGERIS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Guru Besar
Seperti lampiran

Tuan / Puan                                                                                                                                                                  

PROGRAM   LINUS EXCELLENT2.0 ( LINEX2.0 ) LITERASI BAHASA INGGERIS PEJABAT PENDIDIKAN  DAERAH PERAK TENGAH 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas  dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan, PPD Perak Tengah akan Program LINUS Excellent2.0 ( LINEX2.0 ) bagi Literasi Bahasa Inggeris seperti ketetapan berikut:

                                    Tarikh    : 6 Ogos 2015 ( Khamis )
                                    Masa      : 8.00 pagi – 5.00 petang
                                    Tempat  : Pusat Kokurikulum Perak Tengah Lambor Kanan
                
3.         Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta menghantar seorang guru Bahasa Inggeris tahun 3 bersama murid Tidak Menguasai LBI Tahun 3 sekolah tuan / puan ( rujuk lampiran ) ke program tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas.

4.         Pihak tuan / puan juga diminta untuk mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk membawa murid mengikuti program tersebut. 

5.         Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan / puan bolehlah menghubungi  Pegawai FasiLINUS Literasi Bahasa Inggeris  Pn. Hajjah Shalina bt. Abd. Majid ( 012-4847211 )  dan Pn. Nurul Fitri  ( 017-5172945 ).  

Sekian, terima kasih.

 


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”







0 comments :