PROGRAM KEPONG LINUS EXCELLENT2.0 ( LINEX2.0 ) LITERASI BAHASA MALAYSIA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Guru Besar
Seperti lampiran

Tuan / Puan                                                                                                                                                                  

PROGRAM  KEPONG LINUS EXCELLENT2.0 ( LINEX2.0 ) LITERASI BAHASA MALAYSIA PEJABAT PENDIDIKAN  DAERAH PERAK TENGAH 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas  dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan, PPD Perak Tengah akan mengadakan Program Kepong LINEX2.0 bagi Literasi Bahasa Malaysia seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh    : 17 September 2015 ( Khamis )
                        Masa      : 8.00 pagi – 5.00 petang
                        Tempat  : Pusat Kokurikulum Perak Tengah Lambor Kanan
                 
3.         Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta menghantar seorang guru Bahasa Malaysia tahun 3 bersama murid Tidak Menguasai LBM Tahun 3 sekolah tuan / puan ( rujuk lampiran ) ke program tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas.

4.         Pihak tuan / puan juga diminta untuk mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk membawa murid mengikuti program tersebut. 

5.         Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan / puan bolehlah menghubungi  Pegawai FasiLINUS Literasi Bahasa Malaysia, Cik Salina bt. Ahamad @ Ahmad Zakaria
( 019-5431871 ) dan Pn. Nik Hasni bt. Mamat ( 016- 5565465 ). 


Sekian. terima kasih. 

  

0 comments :