Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Guru Besar
(rujuk lampiran)
Daerah Perak
Tengah.
Tuan / Puan,
KURSUS LITERASI BAHASA INGGERIS LINUS 2.0 UNTUK GURU YANG BUKAN OPSYEN DAN GURU BAHARU
TAHAP 1 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TAHUN 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan, PPD Perak Tengah akan mengadakan Kursus
Literasi Bahasa Inggeris LINUS 2.0 untuk guru bukan opsyen dan guru baharu seperti
ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Oktober 2015 ( Selasa )
Masa : 8.30
pagi hingga 5.00 petang
Tempat
: Dewan SK. Bota Kiri
3. Sehubungan
dengan itu, tuan / puan diminta menghantar seorang guru Bahasa Inggeris Tahap 1seperti
lampiran sekolah tuan / puan ke kursus
tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas.
4. Tuan / puan layak membuat tuntutan mengikut pekeliling yang
sedang berkuatkuasa sekarang berdasarkan peruntukan Vot s41 211 140200 88888
097 29000. Sebarang pertanyaan
berkaitan program ini, tuan / puan bolehlah menghubungi Pegawai FasiLINUS Literasi Bahasa Inggeris Pn. Hjh.Shalina bt. Abd. Majid
(012-4847211) dan Pn. Nurul Fitri Bt. Zamah Shaari (017-5172945).
Sekian, terima kasih.
0 comments :