PEGAWAI FASILINUS PPD PERAK TENGAH






PERANAN FASILINUS DAN PENGOPERASIAN PROGRAM LINUS

1.             FasiLINUS

1.1         Terdiri daripada guru opsyen Matematik/Bahasa Melayu/Pemulihan.
1.2         Telah mengajar Tahap 1 sekurang-kurangnya 3 tahun dalam mata pelajaran Matematik/Bahasa Melayu/Pemulihan.
1.3         Mempunyai gred  DG 29/DG 32 (KUP)/DG 41.
1.4         Keutamaan akan diberi kepada guru yang berpengalaman mengajar Tahun 1 sekurang-kurangnya 5 tahun.
1.5         Keutamaan diberi kepada guru yang telah mengikuti kursus sebagai Jurulatih Utama (JU) Program LINUS anjuran BPG.

2.            Peranan FasiLINUS

2.1         Seorang FasiLINUS bertanggungjawab terhadap 30 buah sekolah di daerahnya.
2.2         Memastikan segala maklumat berkaitan program LINUS sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah.
·         Taklimat
·         Edaran maklumat
·         E-mel
·         Sistem pesanan ringkas berpusat (SMS)
2.3         Menjalankan dan menyelaras latihan-latihan on-site bagi guru LINUS.
·         Micro Teaching dalam kalangan guru-guru LINUS. (dilaksanakan di peringkat sekolah / dikelompokkan mengikut zon)
·         Bengkel modul LINUS dilaksanakan secara bersiri. (Meningkatkan penguasaan guru LINUS terhadap sesuatu modul)
·         Membina bahan bantu mengajar untuk guna sama (Meningkatkan inovasi dan kreativiti serta kepelbagaian BBM)
2.4         Membantu secara langsung pihak sekolah dalam merangka tindakan susulan berdasarkan masalah yang dikenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
·         Perbincangan bersama guru LINUS.
·         Menentukan pendekatan atau penggunaan modul yang bersesuaian untuk murid yang  telah dikenal pasti.
2.5         Membimbing dan memantau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran LINUS di sekolah.
·         FasiLINUS akan bersama-sama dengan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.
2.6         Memantau pelaksanaan LINUS.
·         Sistem Fail
·         Data Murid LINUS
·         Bahan Bantu Mengajar
·         Pengajaran Dan Pembelajaran
2.7         Memberi motivasi dan sokongan.
2.8         Mengumpul dan menganalisis data.
·         Keputusan Saringan 1, 2 dan 3.
·         Data guru LINUS.
2.9         Bekerjasama dengan guru pemulihan khas untuk membantu murid yang dikategorikan sebagai murid LINUS tegar.
2.10      Mengesan sejauh mana sekolah dapat mengurus pelaksanaan program LINUS.
2.11      Membantu pihak sekolah menyediakan pelan tindakan program LINUS.
2.12      Menilai sejauh mana impak program LINUS terhadap pembelajaran murid.
2.13   Menetapkan sasaran pengurangan bilangan murid LINUS selepas setiap saringan di sesebuah sekolah.

0 comments :