PROGRAM LINUS EXCELLENT2.0 ( LINEX2.0 ) LITERASI BAHASA MALAYSIA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH 2015



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Guru Besar
Seperti lampiran

Tuan / Puan                                                                                                                                                                  

PROGRAM   LINUS EXCELLENT2.0 ( LINEX2.0 ) LITERASI BAHASA MALAYSIA PEJABAT PENDIDIKAN  DAERAH PERAK TENGAH 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas  dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan, PPD Perak Tengah akan mengadakan Program LINUS Excellent2.0 ( LINEX2.0 ) bagi Literasi Bahasa Malaysia seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh    : 4 Ogos 2015 ( Selasa )
                        Masa      : 8.00 pagi – 5.00 petang
                        Tempat  : Pusat Kokurikulum Perak Tengah Lambor Kanan
                 
3.         Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta menghantar seorang guru Bahasa Malaysia tahun 3 bersama murid Tidak Menguasai LBM Tahun 3 sekolah tuan / puan ( rujuk lampiran ) ke program tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas.

4.         Pihak tuan / puan juga diminta untuk mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk membawa murid mengikuti program tersebut. 

5.         Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan / puan bolehlah menghubungi  Pegawai FasiLINUS Literasi Bahasa Malaysia, Cik Salina bt. Ahamad @ Ahmad Zakaria
( 019-5431871 ) dan Pn. Nik Hasni bt. Mamat ( 016- 5565465 ). 

Sekian. terima kasih.  

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 


 

0 comments :