PROGRAM LINUS EXCELLENT2.0 ( LINEX2.0 ) NUMERASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Guru Besar
Seperti lampiran

Tuan / Puan                                                                                                                                                                  

PROGRAM   LINUS EXCELLENT2.0 ( LINEX2.0 ) NUMERASI PEJABAT PENDIDIKAN  DAERAH PERAK TENGAH 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas  dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan, PPD Perak Tengah akan mengadakan Program LINUS Excellent2.0 ( LINEX2.0 ) bagi Numerasi seperti ketetapan berikut:

                                    Tarikh    : 5 Ogos 2015 ( Rabu )
                                    Masa      : 8.00 pagi – 5.00 petang
                                    Tempat  : Pusat Kokurikulum Perak Tengah Lambor Kanan             
                 
3.         Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta menghantar seorang guru Matematik tahun 3 bersama murid Tidak Menguasai NumTahun 3 sekolah tuan / puan ( rujuk lampiran ) ke program tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas.

4.         Pihak tuan / puan juga diminta untuk mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk membawa murid mengikuti program tersebut. 

5.         Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan / puan bolehlah menghubungi  Pegawai FasiLINUS Numerasi En. Syahril Nizar b. Che Baharom ( 013 - 4734993 ) dan En. Ahmad Ridzuan b.  Madian ( 012- 5146936 ).

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 


 

0 comments :